Sunday, April 21, 2024
Home Tag Frontliners

Tag: Frontliners

Suasana Lengang, Sunyi di Pusat Penilaian Covid-19 Hulu Langat

Keadaan terkini di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Daerah Hulu Langat yang lengang berikutan kes positif Covid-19 dicatatkan di Lembang Klang semakin berkurang atas faktor jumlah penerima vaksinasi yang semakin meningkat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Mahkota Cheras, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2021.

Percetakan Khas Setem ‘Barisan Hadapan’ Lawan Covid-19

Setem 'Barisan Hadapan' juga mempunyai teknik percetakan khas menggunakan dakwat merah yang tidak kelihatan menggambarkan virus Covid-19 semasa menggunakan lampu sinar UV ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pejabat Pos Malaysia, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 SEPTEMBER 2021.

Picaragi Terakhir di Pusat Pemberian Vaksin SelVAX #Covid19

Picagari terakhir yang akan diberikan kepada penerima suntikan vaksin Covid-19 sempena hari terakhir pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SelVAX ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hotel De Palma, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 SEPTEMBER 2021.

Saat-Saat Bapa Urus ‘Perjalanan Akhir’ Jenazah Anak Berusia 32 Minggu #COVID19

Seorang bapa memeluk erat jenazah bayinya yang meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam As-Sobirin AU4, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 01 SEPTEMBER 2021.

Barisan Hadapan Menyerupai Tugu Negara #WiraNegara

Petugas barisan hadapan bergambar menyerupai Tugu Negara sebagai simbolik pengorbanan mereka sepanjang tempoh menentang Covid-19 yang melanda negara sempena Hari Kemerdekaan Kali ke 64 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 31 OGOS 2021.

Frontliners PPV Zahir Semangat Patriotik Sempena Hari Kemerdekaan ke 64

Kakitangan dan petugas mengibarkan jalur gemilang sambil memakai pakaian tradisional kebangsaan untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Taman Bangi Avenue, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.

Kita hampir menang, Dr Noor Hisham doakan ‘frontliners’ terus tabah

Kita semakin hampir untuk berjaya dan adalah penting untuk kita terus berjuang untuk pertahankan negara kita.

Wajah Sayu Shuib Ketika Menunggu Jenazah Siti Sarah

Suami kepada arwah Siti Sarah Raissuddin, Shahmira Muhamad yang dikenali Shuib hadir di perkarangan bilik mayat susulan isterinya yang meninggal akibat Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 09 OGOS 2021.

Penghormatan Terakhir di Tanah Perkuburan Covid-19

Ahli keluarga yang hadir untuk penghormatan terakhir pengebumian jenazah pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan negara hari ini mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 360 kes kematian di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 08 OGOS 2021.

Keluarga Lihat dan Rakam Pengebumian Jenazah Dari Jauh #COVID19

Petugas Kesihatan mengendalikan jenazah pesakit Covid-19 yang akan dikebumikan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 05 OGOS 2021.