Covid-19 deaths cases infection ICU hospital
Suasana wad pesakit Covid-19 yang kritikal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 06 FEBRUARI 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendoakan agar semua petugas barisan hadapan terus tabah menghadapi cabaran, ujian dan dugaan dalam membendung penularan jangkitan Covid-19.

“Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut beliau, petugas barisan hadapan semakin hampir untuk berjaya dan adalah penting untuk mereka terus berjuang untuk pertahankan negara ini.

”Semoga segala usaha dan Jass bakti kita di rahmati dan diberkati Allah SWT. Insha Allah,” ujar beliau.

Beberapa hari lalu, Dr Noor Hisham berkata, kemasukan ke hospital dan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di Lembah Klang menunjukkan penurunan.

Situasi semasa ini hasil daripada vaksinasi yang telah mencapai 60 peratus.

“Dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi, penurunan akan dilihat dengan lebih nyata,” katanya pada sidang akhbar Covid-19 Jumaat lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast