Saturday, April 20, 2024
Home Tag Gaza Under Attack

Tag: Gaza Under Attack

Perarakan Himpunan Mega Rakyat Demi Palestin

Sebahagian peserta berarak melepasi Menara Berkembar Petronas dari Menara Tabung Haji ke Padang Merbok pada Perhimpunan Mega Demi Palestin di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 MAC 2024.

Malam Terakhir Piket ‘Kepung Demi Palestin’

Suasana peserta piket mengibarkan bendera Palestin menuntut genjatan senjata pada malam terakhir himpunan 'Kepung Demi Palestin' di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 31 DISEMBER 2023.

Himpunan Malaysia Bangkit Tolak Kuasa Veto AS

Peserta membawa sepanduk mengutuk kekejaman Zionis pada perhimpunan Malaysia Bangkit Tolak Kuasa Veto Amerika Syarikat dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 15 DISEMBER 2023.

Kaka Azraff Ceria Selepas Sidang Media

Penyanyi, Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff ceria pada sidang media berhubung penamatan kontrak secara tiba-tiba oleh Warna Music Malaysia selepas lantang mempertahankan bumi Palestin di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Foto NUR SYADILA AMARI, 06 DISEMBER 2023.

Gabungan 50 Seniman Untuk ‘Colours For Gaza’

Pameran seni ‘Colours For Gaza’ yang berlangsung dari 14 hingga 21 November menggabungkan lebih 50 seniman tempatan dan antarabangsa dengan membawa mesej tersendiri sebagai tanda solidariti buat rakyat Palestin dan hasil karya tersebut dijual dan disumbangkan ke tabung bantuan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Galeri Puteh, KL Eco City Mall. Foto MOHD ADZLAN, 20 NOVEMBER 2023.

Himpunan ‘White Coat’ Selamatkan Hospital di Gaza

Peserta himpunan 'White Coat Save Gaza Hospital' memakai pakaian putih untuk menunjukkan solidariti bersama doktor di Gaza bagi memperjuangkan hak mereka di bawah undang-undang antarabangsa di hadapan Kedutaan Mesir, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 16 NOVEMBER 2023.

Air Mata Syukur Nurul Ain Haron di KLIA

Warganegara Malaysia, Nurul Ain Haron, 37 tidak dapat menahan sebak tanda kesyukuran sebaik tiba dari Gaza yang bergolak akibat konflik Palestin dan Israel di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA 1). Foto WAN NABIL NASIR, 14 NOVEMBER 2023.

Program PLATFORM MG Suara Malaysia Untuk Palestin

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak bersama Ketua Pegawai Eksekutif Datum Corp International, Tengku Khairil Azwan bergambar kenangan dengan tetamu jemputan selepas penyerahan mock check sumbangan pada Program PLATFROM MG Edisi 2 Suara Malaysia Untuk Palestin di Pusat beli belah Datum Jelatek di Taman Keramat, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2023.

Penghantaran Pertama Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza #OpsIhsan

Penghantaran pertama barangan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin dijadual dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish Mesir melalui penerbangan kargo pada tengah malam di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2023.

Gelagat Murid di Minggu Solidariti Palestin

Antara pelajar yang mengibarkan bendera Palestin selepas menunaikan solat Dhuha dan Hajat sempena Program Solidariti Palestin di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 (SKPA2). Foto MOHD ADZLAN, 30 OKTOBER 2023.