Tag: Gaza Under Attack
Mesej Barisan Hadapan #Pray4Palestine #SaveGaza
Gelagat petugas kesihatan mamakai pelindung muka bertulisan "Pray 4 Palestine” sebelum merawat pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di MAEPS, Serdang, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 18 MEI 2021.
Doa Selamat Untuk Rakyat Palestin
Jemaah mengaminkan doa selepas menunaikan solat hajat untuk rakyat Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 17 MEI 2021.
Himpunan Bantah Kezaliman Israel #FreePalestine
Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia berhimpun untuk membantah kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Malaysia di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 17 MEI 2021.
Menara KL Pancar Cahaya Bendera Palestin #Solidariti
Menara Kuala Lumpur disinari dengan lampu berwarna bendera negara Palestin sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin berikutan ketegangan di antara Palestin dan Israel ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette, Kuala Lumpur .Foto HAFIZ SOHAIMI, 16 MEI 2021.
Kedutaan Palestin Kibar Bendera Separuh Tiang #GazaUnderAttack
Bendera dipasang separuh tiang bagi memperingati mangsa rakyat Palestin yang terbunuh dalam kejadian serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di di kediaman kedutaan Palestin di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 MEI 2021.












