Tag: Generasi Rubrik
Generasi Rubrik: Apabila skor minimum disalah anggap sebagai kejayaan
Bagi generasi terdahulu, ilmu sering dikaitkan dengan maruah intelektual dan kematangan diri. Bagi Generasi Z, ilmu semakin berfungsi sebagai instrumen taktikal untuk melepasi sistem. Paradoks paling ketara dalam Generasi Rubrik ialah jurang antara pencapaian sebenar dan cara pencapaian itu dipersembahkan. Walaupun prestasi akademik atau kemahiran sebenar mungkin berada pada tahap minimum, namun naratif yang dibina di ruang digital sering bersifat heroik dan dramatik. Bagaimana mungkin pencapaian minimum mahu dianggap luar biasa.








