Friday, April 19, 2024
Home Tag Individu lengkap vaksin

Tag: individu lengkap vaksin

Suasana dan Gelagat Penumpang Lengkap Vaksin di Terminal Bersepadu Selatan

Orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman pada hari pertama kebenaran merentas negeri susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas negara sudah mencapai 90 peratus kadar vaksinasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 OKTOBER 2021.

Fasa Tiga – Aquaria KLCC Kembali Jadi Tarikan

Orang ramai melihat pertunjukan memberi makan ikan selepas kerajaan membenarkan pembukaan sektor pelancongan dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Aquaria KLCC, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 OKTOBER 2021.

Jemaah Lengkap Vaksin Solat Jumaat di Masjid Jamek Kg Baru #FasaTiga

Jemaah menunaikan solat Jumaat berikutan masjid dan surau di Lembah Klang dibenarkan mengikut kapasiti sebenar premis dengan penjarakan 1.5 meter bagi semua aktiviti solat berkuatkuasa hari ini dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Kampung baru, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 OKTOBER 2021.

Persediaan Awal SOP Pelanggan Hannan Medispa #FasaTiga

Seorang kakitangan, Hasya Aqilah Amir Hamzah, 21, melakukan persiapan di ruang bilik selepas kerajaan membenarkan pembukaan semula dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 yang bermula esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hannan Medispa, Ampang, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 30 SEPTEMBER 2021.

Fasa Dua PPN – Aktiviti Gimnasium

Pengunjung tidak melepaskan peluang melakukan senaman berikutan kerajaan membenarkan aktiviti tersebut kembali beroperasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Gimnasium Enrich Fitness, Seri Kembangan, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 18 SEPTEMBER 2021.

Solat Jumaat di Masjid Negara #FasaDua

Orang ramai menunaikan solat Jumaat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) selepas kerajaan membenarkan hanya 500 jemaah sahaja dalam tempoh Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 SEPTEMBER 2021

Suasana Masjid Putra Jemaah Lengkap Vaksin Tunai Solat Jumaat

Orang ramai menunaikan solat Jumaat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan penjarakan fizikal selepas kerajaan membenarkan hanya 500 jemaah sahaja dalam tempoh Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Putra, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 17 SEPTEMBER 2021.

Kelonggaran SOP – Tempah Tiket Penerbangan ke Langkawi

Pengunjung membeli tiket penerbangan AirAsia ke Langkawi selepas kerajaan membenarkan sektor pelancongan ke Pulau Langkawi bermula 16 September ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 2, Sepang, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 14 SEPTEMBER 2021.