Sunday, September 29, 2024
Home Tag Israel

Tag: Israel

Hadi tulis kenyataan kutuk Israel ketika rawatan di IJN

"Setiap keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menjadi ancaman kepada Israel akan divetokan oleh heronya, maka Israel tetap diselamatkan," tulisnya dalam Facebooknya hari ini.

Kajian Israel menunjukkan 94% vaksin Pfizer efektif

Terdapat penurunan 94 peratus pada kadar jangkitan simptomatik dan penurunan 92 peratus pada kadar penyakit serius dibandingkan dengan 600,000 orang yang tidak diberi vaksin.

Penyelesaian yang adil, menyeluruh untuk Palestin

Peluang perdamaian dan cabaran semasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 8 Disember 2020 lalu telah mengadakan seminar maklumat mengenai konflik Israel-Palestin, peluang perdamaian dan cabaran semasa. Acara yang diadakan setiap tahun itu bertujuan untuk mengumpulkan wartawan, pakar media, kumpulan pemikir, diplomat dan ahli akademik dari Palestin, Israel, Timur Tengah, Eropah, Amerika Syarikat dan bahagian lain di dunia untuk membincangkan isu-isu dan trend media yang berkaitan dengan konflik Israel - Palestin. Pengarah Simposium dan Ketua Setiausaha Jenderal Jabatan Komunikasi Global PBB, Melissa Fleming membacakan pesanan daripada Setiausaha Jeneral, Antonio Guterres yang menyatakan: “29 tahun yang lalu, acara tahunan ini dilahirkan untuk membantu meningkatkan keamanan dan persefahaman antara Israel dan Palestin. Sayangnya, kemungkinan mencapai perdamaian ini sekarang jauh lebih mencabar daripada sebelumnya." Tambahnya, beliau memahami rasa putus asa yang mendalam dalam kalangan rakyat Palestin dengan menyatakan bahawa impian satu generasi demi generasi telah luntur oleh konflik lebih setengah abad berikutan penjajahan yang berlaku. Setiausaha Agung PBB itu juga turut mengakui prihatin dan menzahirkan aspirasi rakyat Palestin untuk hidup dalam keamanan dan kedamaian. Melissa Fleming dengan tegasnya berkata, beliau akan terus bersuara menentang sebarang usaha yang merosakkan perdamaian dan menjauhkan kedua-dua pihak dari rundingan yang membina, mendesak para pemimpin Israel dan Palestin untuk meneruskan dialog yang bermakna serta menyambut semua inisiatif antarabangsa yang dapat membantu merealisasikan perdamaian yang adil dan menyeluruh antara kedua-dua bangsa tersebut. Solidariti, ketegasan dan media Perbincangan panel itu diadakan beberapa hari selepas perayaan Hari Solidariti Antarabangsa dengan Rakyat Palestin, yang bertepatan dengan penerimaan Resolusi Majlis Umum 181 yang membahagikan Palestin menjadi dua negara. Ketua Jawatankuasa Pelaksanaan Hak-hak yang Tidak dapat Dielakkan daripada Rakyat Palestin, Sheikh Nian mengatakan bahawa inilah waktunya yang mana rakyat Palestin tidak hanya perlu menyatakan solidariti, tetapi juga memerlukan tindakan penegasan. "Setelah 73 tahun, hanya satu negara yang didirikan dan sebuah negara Palestin belum ditubuhkan," tegas Fleming. Menurut sejarah, sejak tahun 1967 lagi berjuta-juta rakyat Palestin hidup dalam kepungan di tanah air mereka sendiri atau sebagai pelarian tidak dapat kembali ke kediaman mereka semula. Selain itu, dalam beberapa tahun terakhir ini media telah mengarahkan konflik lain di wilayah tersebut dan memusatkan perhatian kepada beberapa aspek konflik iaitu mengenai perjuangan damai jutaan rakyat Palestin yang menginginkan kehidupan yang lebih baik. Jelas di sini, satu-satunya cara untuk mencapai perdamaian di Timur Tengah adalah melalui penyelesaian damai konflik Palestin-Israel. Media juga berperanan penting dan besar dalam meningkatkan kesedaran, memberi maklumat yang tepat lagi jelas kepada orang ramai serta berperanan mendokumentasikan sejarah tersebut. Pandemik beri kesan mendalam Pandemik COVID-19 menimbulkan cabaran di wilayah Palestin yang dijajah. Penjajahan tersebut telah mengakibatnya berlakunya sekatan terutama ketika mengenakan tindakan penutupan di kawasan-kawasan di bawah kawalan Palestin dan Israel. Tahap kemiskinan telah meningkat dan dengan pembongkaran rumah terutamanya di Jerusalem yang diduduki, penderitaan rakyat Palestin di daerah-daerah itu semakin memburuk. “Gaza sudah mengalami sistem kesihatan yang kekurangan banyak sumber daya yang diperlukan. Kami menderita masalah kesihatan, kekurangan ubat-ubatan, dan masalah dengan kepakaran dan kakitangan perubatan,” kata Pegawai Sistem Kesihatan di pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Gaza Dr Khaled Abu Samaan. Dengan adanya wabak seperti Covid-19 ini, keadaan menjadi semakin parah dan masalah meningkat, sama ada dengan peningkatan permintaan terhadap sistem kesihatan khususnya disebabkan oleh peningkatan kemiskinan, dan pengangguran akibat daripada faktor pandemik dan ekonomi. Menurut laporan, pada akhir tahun lalu dianggarkan lebih 30,000 orang telah dijangkiti Covid-19 yang mana kira-kira 10,000 kes aktif, 364 kes memerlukan kemasukan ke hospital untuk rawatan, 229 kes daripadanya di bawah terapi oksigen berterusan atau serius dan kritikal, 47 kes di ventilator, kadar kematian adalah 0.7 peratus dan kadar kes positif adalah 14 peratus daripada jumlah ujian yang dilakukan di Gaza. Manakala yang terbaharu di Tebing Barat yang menjadi penempatan 2.8 juta rakyat Palestin setakat ini merekodkan lebih 108,000 kes positif Covid-19 termasuk 1,325 kematian. Seterusnya Gaza yang dibelenggu kemiskinan dan didiami dua juta penduduk pula mencatatkan lebih 51,000 kes positif termasuk 523 kematian. Atriza Umar Jabatan Penerangan dan Perhubungan Pertubuhan IKRAM Malaysia

Wilayah Palestin di bawah bidang kuasa ICC

Bensouda mendapati berlaku "perang jenayah telah atau sedang dilakukan di Tebing Barat, termasuk Jerusalem Timur, dan Jalur Gaza'' pada bulan Desember 2019.

Letupan berhampiran kedutaan Israel di New Delhi

"Kesan awal mencadangkan satu percubaaan nakal untuk mewujudkan sensasi," kata kenyataan tersebut.

Polis Israel halang Masjid Qubbah al-Sakhrah dibaiki

Hallaq berkata, semua kerja-kerja pembaikan di pekarangan majlis Al-Aqsa juga digantung Israel.

Normalisasi yang tidak normal

Sesuatu yang perlu dipersoalkan normalisasi hubungan Arab Saudi-Israel dianggap akan membantu kedua-dua negara mencapai matlamat strategik dan ketenteraannya. Hakikatnya, jika Arab Saudi dan Israel berjaya menjalin hubungan formal, ini tidak akan membawa kepada perubahan radikal seperti yang didakwa oleh kedua-dua pihak.

23 maut serangan kedua Israel di Syria

Serangan terakhir tentera Israel ialah pada 7 Januari lalu di selatan Syria dan selatan ibu negara Damsyik yang menyebabkan tiga pejuang pro-Iran terbunuh.

Trump diingatkan berhati-hati dengan perangkap Israel

Beliau mengeluarkan peringatan itu pada ulang tahun pembunuhan Jeneral Iran, Qassem Soleimani akibat serangan dron di Baghdad.

Iran beri amaran kepada AS, Israel jangan lintas sempadan di Teluk

Pada minggu lalu, tentera laut AS berkata, sebuah kapal selam nuklear telah dikerahkan ke rautau teluk itu dan media Israel melaporkan bahawa sebuah kapal selam Israel telah melintas Terusan Suez dan menuju ke lokasi sama.