Thursday, April 18, 2024
Home Tag Kementerian Belia dan Sukan

Tag: Kementerian Belia dan Sukan

Ismail Sabri Lancar Hari Sukan Negara 2021

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan kebolehan bermain sepak takraw sambil diperhatikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan timbalannya, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker pada Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara 2021 (HSN2021) di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 09 OKTOBER 2021.

Aktiviti Futsal Ketika Fasa Dua #DailyLife

Pengunjung tidak melepaskan peluang bermain futsal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk membenarkan individu lengkap dos vaksin menjalankan sukan riadah di kawasan tertutup di Sport Planet Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 21 SEPTEMBER 2021.

Fasa Dua PPN – Aktiviti Gimnasium

Pengunjung tidak melepaskan peluang melakukan senaman berikutan kerajaan membenarkan aktiviti tersebut kembali beroperasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Gimnasium Enrich Fitness, Seri Kembangan, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 18 SEPTEMBER 2021.

Fasa Dua PPN – Lepas Gian Dapat Bermain Bola Sepak

Orang awam tidak melepaskan peluang bermain bola sepak selepas aktiviti sukan tersebut dibenarkan dengan mengikuti garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 11 SEPTEMBER 2021.

Sukan ‘Footgolf’ Jadi Kegilaan Buat Individu Lengkap Vaksin

Pengunjung meluangkan masa melakukan aktiviti riadah dengan bermain sukan Footgolf berikutan antara sukan yang tidak bersentuhan dibenarkan beroperasi di dalam negeri fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Jelutong, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 08 SEPTEMBER 2021.

Pemenang Pingat Emas, Abdul Latif dan Liek Hou Tiba di Tanah...

Atlet Paralimpik Malaysia, Abdul Latif Romly (kiri) dan Cheah Liek Hou (kanan) yang telah meraihkan pingat emas tiba selepas beraksi pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto AFFAN FAUZI, 06 SEPTEMBER 2021.

Aksi Perlawanan KL City Tewaskan Kedah 2 – 1 #LigaSuper

Pemain Kedah FC, Mohd Syazwan Zainon (kiri) diasak pemain Kuala Lumpur City FC, Kenny Pallraj Davaragi (kanan) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Foto SYAFIQ AMBAK, 04 SEPTEMBER 2021.

Aksi Perlawanan Selangor FC Ikat Melaka United 1 – 1 #LigaSuper

Pemain Selangor FC, Mohamad Ashmawi Md Yakin (kanan) mengasak pemain Melaka United FC, Sony Norde (kiri) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 28 OGOS 2021.

Aksi Perlawanan PJ City vs JDT 0 – 2 #LigaSuper

Pemain Johor DT, Mohamadou Sumareh (kanan) berjaya menghasilkan jaringan ketika aksi menentang pasukan PJ City FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 21 OGOS 2021.

Azizulhasni Awang Selamat Tiba di KLIA #OlimpikTokyo2020

Reaksi atlet, Datuk Azizulhasni Awang semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Foto SYAFIQ AMBAK, 09 OGOS 2021.