Tag: kementerian kesihatan
Suasana Hari Pertama Kedai Cuci Kereta Beroperasi Ketika Fasa 1 PPN
Pekerja sibuk melakukan kerja-kerja membasuh kenderaan berikutan kedai cuci kereta antara 11 sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan menetapkan syarat setiap individu lengkap menerima vaksin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kedai Cuci Kereta, Meru, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 OGOS 2021.
Paparan Skrin Lapor Kes Baharu Covid-19 Tertinggi, 21 668
Skrin LED memaparkan jumlah terkini kes Covid-19 di Malaysia mencecah sehingga 21,668 dan merupakan rekod tertinggi yang dicatatkan setakat ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 12 OGOS 2021.
LENSA MG | Pemergianmu Ditangisi Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin
Reaksi sedih suami, Shahmira Muhamad yang dikenali Shuib ke atas pemergian isterinya Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 OGOS 2021.
Wajah Sayu Shuib Ketika Menunggu Jenazah Siti Sarah
Suami kepada arwah Siti Sarah Raissuddin, Shahmira Muhamad yang dikenali Shuib hadir di perkarangan bilik mayat susulan isterinya yang meninggal akibat Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 09 OGOS 2021.
Penghormatan Terakhir di Tanah Perkuburan Covid-19
Ahli keluarga yang hadir untuk penghormatan terakhir pengebumian jenazah pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan negara hari ini mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 360 kes kematian di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 08 OGOS 2021.
Sambutan Menggalakkan, Kit Ujian Kendiri Covid-19 ‘Licin’
Pembantu Kesihatan, Aimanafeesha Ahmad menunjukkan sekeping kertas yang tertera Kit Ujian Kendiri Covid-19 tidak dijual berikutan kehabisan stok sebagai makluman kepada pelanggan di Farmasi Health lane Family, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 08 OGOS 2021.
Suasana Hari Ketiga CAC Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang
Orang awam yang disyaki positif Covid-19 hadir seawal pagi bagi melakukan penilaian kesihatan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 01 OGOS 2021.
TPM Membuat Lawatan di PPV Axiata Area Bukit Jalil
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama penerima vaksin ketika membuat lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur .Foto HAFIZ SOHAIMI, 31 JULAI 2021.
Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM Terima Kontena Simpan Mayat
Petugas melakukan kerja-kerja menguruskan kontena bagi tujuan menyimpan jenazah yang baru disumbangkan oleh Syarikat Perkapalan Maritime Network Sdn Bhd ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 30 JULAI 2021.
Pembatalan darurat tidak jejas perjalanan Akta 342 – KKM
Sebarang pembatalan Ordinan Darurat yang dibuat ketika darurat tidak akan menjejaskan perjalanan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sedia ada untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit.

















