Tag: KKM
KKM sedia bantu Saravanan hidap penyakit Motor Neurone Disease
“Tokoh seperti Saravanan telah mencipta sejarah dan mengangkat martabat sukan negara. Apabila mereka berdepan ujian kesihatan, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai kerajaan dan masyarakat untuk membantu," kata Dr Dzulkefly.
Akta Good Samaritan jangka dibentang tahun depan – Dr Dzulkefly
“Bukan tidak penting tetapi ini bukan satu akta yang boleh disiapkan secara tergesa gesa. Kita mahu pastikan apabila ia dilaksanakan kelak, pelaksanaan dan perlindungannya benar-benar menyeluruh, kata Menteri Kesihatan.
Perubatan sukan perlu dimasyarakatkan – Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan berkata, bidang perubatan sukan wajar diangkat sebagai sebahagian daripada agenda kesihatan awam negara dan tidak lagi dilihat sebagai niche atau bersifat eksklusif kepada sukan berprestasi tinggi semata-mata.
31,000 Bakal Jemaah Haji Telah Berdaftar Dengan IPS Di Aplikasi MySejahtera
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, 31,000 bakal jemaah haji bagi musim 1446H/2025M telah menjalani pemeriksaan dan didaftarkan menerusi sistem International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
1,021 kes denggi direkodkan dalam tempoh 23-29 Mac
Katanya, secara kumulatif, jumlah kes demam denggi sehingga kini adalah sebanyak 16,296 kes dengan 10 kematian, berbanding 44,144 kes (penurunan 63.1 peratus) dan 31 kematian (penurunan 67.7 peratus) untuk tempoh yang sama tahun 2024.
Kebakaran Putra Heights: 46 masih dirawat, seorang di ICU – KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah itu, 26 mangsa dirawat di hospital kerajaan termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang manakala 20 mangsa lagi di fasiliti swasta.
48 mangsa kebakaran saluran paip masih di hospital, klinik – KKM
Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) daripada jumlah itu, lapan pesakit berusia bawah enam tahun, 10 pesakit (tujuh hingga 12 tahun), sembilan pesakit (13 hingga 17 tahun), 87 pesakit (18 hingga 59 tahun) dan 19 lagi berusia 60 tahun ke atas.
Tragedi Putra Heights: Lapan pasukan perubatan ditempatkan di lokasi kebakaran
KKM memaklumkan pasukan berkenaan ditempatkan di tiga lokasi pusat pengumpulan mangsa bersama-sama dengan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Pelaksanaan semula ePlacement beri keadilan kepada semua – Menteri Kesihatan
"Memang ada pelbagai permintaan, kita tahu dari suatu kumpulan tapi seperti mana yang disebutkan oleh KP (Ketua Pengarah) dan saya sendiri menerusi kenyataan semalam, kita akan melakukan yang terbaik untuk benar-benar memberikan keadilan, empati kami, kebajikan yang perlu kita jaga dan pelbagai faktor.
739 projek pembangunan semula sekolah daif telah siap sepenuhnya
Ia merangkumi 258 projek di Sarawak, 229 projek di Sabah dan 252 projek di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

















