Saturday, April 27, 2024
Home Tag Lensa MG

Tag: Lensa MG

LENSA MG | Suasana Pagi di Jabatan Perubatan Forensik #NoraAnne

Anggota polis mula memasang pita larangan melintas pada proses bedah siasat mayat remaja Ireland, Nora Anane Quoirin di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 15 OGOS 2019.

LENSA MG | Aliran Trafik Sesak Dari Arah Pantai Timur ke...

Pemandangan udara menunjukkan aliran trafik mula sesak dari arah Pantai Timur menghala ke ibu kota berikutan warga kota mula pulang selepas bercuti sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tol Gombak, Selangor. foto IQBAL BASRI, 12 OGOS 2019

LENSA MG | Lembu Korban Sungai Pansun #HariRayaAidiladha

Penduduk membersihkan isi perut lembu korban di tepi sungai sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Kariah Kampung Kuala Pangsun, Hulu Langat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 11 OGOS 2019.

LENSA MG | Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Negara

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menunaikan solat sunat hari raya Aidiladha di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 11 OGOS 2019

LENSA MG | Persiapan Juadah Hari Raya Aidiladha #PasarChowKit

Seorang peniaga memikul daging lembu untuk dijual kepada orang ramai bagi persiapan terakhir sempena persiapan menjelang hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OGOS 2019

Lensa MG | Sesuap Nasi #KL2019

Gelandangan, Affandi Muda, 51, memakaikan pakaian kepada anaknya, Shahrul Shahmizan Affandi, 5, selepas bermandi disebuah lorong semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 31 JULAI 2019

LENSA MG | Sentuhan Terakhir Menjelang Detik Pertabalan Yang di-Pertuan Agong...

Penolong Kurator Jabatan Muzium Malaysia, Nor Hafizzah Abdul Rahman melakukan persiapan pameran sempena Pameran Raja Kita ketika persiapan akhir sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Muzium Diraja, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 29 JULAI 2019.

LENSA MG | Gelagat Peyokong Kedah dan Perak Sebelum Perlawanan Akhir...

Reaksi sebahagian penyokong Kedah FA dan penyokong Perak bergambar semasa hadir pada perlawanan Akhir Shopee Piala FA 2019 antara pasukan Kedah FA menentang pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 27 JULAI 2019

LENSA MG | Datin Seri Rosmah Tenung Siapa? #Mahkamah

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir berhubung perbicaraan pertuduhan projek sistem solar sekolah luar bandar di Sarawak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 28 JULAI 2019

TERKINI : WARGA KOTA! Demam Persiapan Aidilfitri di Jalan TAR

TERKINI : WARGA KOTA! Demam Persiapan Aidilfitri di Jalan TAR