Tag: Malaysia-Timor Leste
Timor-Leste: Permata tersembunyi Asia Tenggara
Ada sesuatu yang istimewa tentang Timor-Leste. Bukan sekadar kerana ia merupakan antara negara paling muda di dunia, merdeka hanya pada tahun 2002, tetapi kerana semangat yang menyala dalam rakyatnya semangat untuk bangkit, membina dan memelihara sebuah tanah air yang mereka perjuangkan dengan darah dan air mata.








