Thursday, April 25, 2024
Home Tag Mangsa korban

Tag: mangsa korban

Operasi ‘Sweeping’ Laluan Sungai Kedondong #HariKe7

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan operasi Sweeping di sekitar sungai Kedondong dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 22 DISEMBER 2022.

Hari Keempat – Misi Mencari 9 Baki Mangsa #TanahRuntuh

Unit Anjing Pengesan (K-9) JBPM dirawat dan direhatkan selepas selesai hari keempat misi mencari dan menyelamat baki mangsa iaitu sembilan orang di lokasi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 DISEMBER 2022.

Air Mata Iringi Pengebumian Jenazah Nurul Azwani #TragediTanahRuntuh

Reaksi Ahli keluarga dan kenalan rapat kelihatan sebak ketika pengebumian jenazah mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Allahyarhamah Nurul Azwani Kamarulzaman ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 17 DISEMBER 2022.

Mayat Mangsa Tanah Runtuh di Jabatan Forensik HSB

Petugas Forensik membawa keluar mayat mangsa dari trak polis korban kejadian tanah runtuh di Batang Kali ke Jabatan Forensik di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 16 DISEMBER 2022.