Gambar pertemuan Tunku Mahkota Ismail dan Ayob Khan dimuat naik dalam platform X milik HRH Crown Prince of Johor.

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Ucapan tersebut dimuat naik di platform X milik HRH Crown Prince of Johor, berserta gambar pertemuan baginda dengan bekas Timbalan Ketua Polis Negara berkenaan.

Ayob Khan hari ini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM bagi baki penggal 2025-2029.

Pelantikan itu antara keputusan utama Mesyuarat Keenam Jawatankuasa Eksekutif FAM yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Presiden FAM yang baharu, Datuk Ab Ghani Hassan dan dihadiri kesemua sembilan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM lain yang dipilih pada Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026 di Hilton Petaling Jaya pada 17 September lalu.

Ayob Khan akan menerajui Jawatankuasa Integriti FAM dengan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.- MalaysiaGazette

Ayob Khan, Mohd Shuhaily terajui Jawatankuasa Integriti FAM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here