Friday, March 29, 2024
Home Tag Marburg

Tag: Marburg

Malawi keluar amaran virus Marburg

Setiausaha Kesihatan, Charles Mwansambo, telah memberi amaran kepada rakyat Malawi supaya berhati-hati dan mengelakkan hubungan fizikal rapat dengan pesakit Marburg yang disyaki.

Marburg, virus paling ditakuti ditemui di Ghana

ACCRA - Ghana telah mengesahkan dua kes pertama virus Marburg yang membawa maut, penyakit berjangkit dalam keluarga sama dengan virus yang menyebabkan Ebola. Kedua-dua pesakit meninggal dunia baru-baru ini di hospital di wilayah Ashanti selatan. Sampel mereka kembali positif awal bulan ini dan kini telah disahkan oleh makmal di Senegal. Pegawai kesihatan di negara Afrika Barat itu berkata, 98 ​​orang kini dikuarantin kerana disyaki kontak rapat. Setakat ini tiada rawatan untuk virus Marburg - tetapi doktor meminta pesakit minum banyak air dan merawat gejala tertentu dalam meningkatkan peluang pesakit untuk terus hidup. Virus ini dijangkiti daripada dari kelawar buah dan merebak antara manusia melalui cecair badan. Ia adalah penyakit yang teruk, selalunya membawa maut dengan gejala termasuk sakit kepala, demam, sakit otot, muntah darah dan pendarahan. Sehubungan itu, orang ramai diminta menjauhi gua dan memasak semua produk daging dengan teliti sebelum memakannya. Di Afrika, wabak sebelumnya dan kes sporadis telah dilaporkan di Angola, Republik Demokratik Congo, Kenya, Afrika Selatan dan Uganda, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Wabak Marburg yang pertama berlaku di Jerman pada tahun 1967, menyebabkan tujuh orang meninggal dunia. Virus itu membunuh lebih daripada 200 orang di Angola pada tahun 2005, wabak paling maut dalam rekod, menurut WHO. - BBC