Tag: MGFlash
Sindiket Proses Heroin Tumpas #MGFlash
Empat orang termasuk wanita direman tujuh hari sehingga 3 Mac depan selepas disyaki terlibat dalam sindiket pemprosesan dadah di sekitar George Town, Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.
Kempen RM858 Juta Untuk Gaza #MGFlash
Kementerian Luar Indonesia dengan kerjasama Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Badan Amil Zakat Nasional (Baznas) telah melancarkan kempen bagi mengumpul AS$200 juta atau RM858 juta dalam bentuk bantuan kemanusiaan untuk Palestin.
Minyak Sawit Dan E-Waste Bernilai RM43 Juta Dirampas #MGFlash
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPM W2) berjaya merampas minyak sawit dan barangan e-waste dianggarkan bernilai lebih RM43 juta dalam dua serbuan berasingan di Pasir Gudang dan Kulai, Johor.
Kanak-kanak 19 Bulan Hilang #MGFlash
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang hilang di Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah, Kelantan, diteruskan hari ini selepas dihentikan sementara malam tadi.
Penunggang Motosikal Maut Langgar Lembu #MGFlash
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlanggar seekor lembu yang melintas jalan di Felda Chiku 3, Gua Musang, Kelantan.
Warga Emas Tidak Serik-serik #MGFlash
Seorang lelaki warga emas yang baru dibebaskan dari lokap pada Jumaat lalu atas kesalahan dadah, sekali lagi ditahan dengan perbuatan yang sama.
EU Tarik Balik Sekatan Terhadap Syria #MGFlash
Menteri luar Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin memutuskan untuk memulakan penggantungan sekatan terhadap Syria susulan kejatuhan, Bashar Al Assad.
Penolong Jurutera Universiti Ditahan SPRM #MGFlash
Seorang penolong jurutera di sebuah universiti awam di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menyalahgunakan kuasa dalam projek naik taraf infrastruktur di universiti.
Lelaki OKU Tetak Leher Bapa #MGFlash
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai menetak leher bapanya dalam kejadian di Kampung Padang Besar Selatan, Kangar, Perlis.
Kaki Kanak-kanak Cedera Tersepit Eskalator #MGFlash
Seorang kanak-kanak mengalami kecederaan selepas kaki kanannya tersepit eskalator di sebuah pusat beli belah di Alor Setar, Kedah.

















