Tag: MITI
Nilai FDI diluluskan dalam tempoh sembilan bulan 2024 berjumlah RM254.7b
MITI menjelaskan, jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
MITI akan bekerjasama rapat dengan pelbagai kementerian laksana dasar NSS
Kerajaan meluluskan pelaksanaan kerangka khusus NSS bagi menyasarkan pembangunan 110 syarikat tempatan dalam aktiviti bernilai tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu, pembungkusan maju, dan peralatan pembuatan termaju.
Kerajaan semak semula margin lambakan produk gulungan keluli dari HPSS
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, kutipan duti anti-lambakan ini akan dikuatkuasa oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia mulai 13 Februari 2025 hingga 11 Disember 2025.
Kerajaan bakal perkenal Kerangka Insentif Pelaburan Baharu suku ketiga
NIIF merupakan penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada aktiviti bernilai tinggi dan kesan limpahan ekonomi bagi cadangan pelaburan yang dikemukakan, berbanding amalan atau mekanisme sedia ada yang menawarkan insentif pelaburan berteraskan produk atau aktiviti tertentu.
Sasaran AS$10 bilion dagangan Malaysia-Turkiye mampu dicapai – Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yakin dengan sasaran itu berikutan kerjasama erat antara Ankara-Putrajaya.
Malaysia mulakan siasatan anti-lambakan gegelung bergalvani
Kerajaan telah menerima petisyen daripada CSC Steel Sdn Bhd pada 7 Januari lalu memohon siasatan duti anti-lambakan dijalankan ke atas import produk gulungan rata besi aloi atau keluli bukan aloi, disadur atau disalut zink, menggunakan proses celupan panas (gegelung/kepingan besi bergalvani atau gegelung/kepingan keluli bergalvani) yang berasal atau dieksport dari negara-negara tersebut.
DEFA manfaat kuasa pendigitalan lebih lancar dan selamat – MITI
Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital atau Digital Economy Framework Agreement (DEFA) merupakan inisiatif strategik ASEAN untuk memanfaatkan kuasa pendigitalan bagi memangkin perdagangan serantau yang lebih lancar dan selamat.
Malaysia sasar tingkat eksport dengan rakan FTA, pasaran pesat membangun tahun...
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, negara-negara pasaran sedang pesat membangun itu terbukti mencatat pertumbuhan ketara selama beberapa tahun lamanya, termasuk di kawasan seperti Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin.
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksana
Pelaksanaan tindakan-tindakan itu akan menyumbang secara langsung kepada pengukuran indikator yang seterusnya sekaligus meningkatkan daya saing dan produktiviti Malaysia.
Malaysia kenakan duti anti-lambakan sementara PET dari China, Indonesia
Pempetisyen yang mewakili industri tempatan yang mengeluarkan produk serupa mendakwa PET yang berasal atau dieksport dari China dan Indonesia telah diimport ke Malaysia pada harga yang lebih rendah daripada harga yang dijual di pasaran domestik negara-negara tersebut












