Tag: Pemilihan PKR
Pemilihan PKR: Nik Nazmi optimis pertahan jawatan Naib Presiden
Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengekalkan pendirian untuk mempertahankan kedudukan itu, biarpun tewas dalam pemilihan Ketua Cabang Setiawangsa pada pemilihan peringkat cabang baru-baru ini.
Hassan berhak beri pandangan berhubung proses pemilihan parti – Fahmi
Hasan sebelum ini mendakwa ramai tokoh besar yang pernah menang dalam pemilihan PKR di bawah kem kartel 'Ayuh Malaysia' kini tewas mengejut kepada calon-calon baharu yang tidak memiliki nama besar mahupun jawatan tinggi dalam kerajaan.
Pemilihan PKR Tidak Ganggu Urusan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tiada keperluan untuk melakukan rombakan Kabinet susulan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri tewas dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), baru-baru ini.
Ahli PKR diminta bertenang, berhenti serang parti
Sebagai salah seorang calon bertanding, Syed Badli berkata, sistem pemilihan telah diteliti terlebih dahulu sebelum ia digunapakai.
Pemilihan PKR: Nik Nazmi beri bayangan rayu kekalahan kepada Afdlin
Menerusi catatan di laman Instagram malam ini, Nik Nazmi yang juga penyandang jawatan itu berkata, pihaknya akan membiarkan proses rayuan berjalan mengikut peraturan dan ruang yang ditetapkan oleh parti.
Lembaga Disiplin PKR kena siasat dakwaan rasuah
Tindakan menyandarkan isu ini kepada parti yang pernah disertainya sebelum ini adalah tidak wajar dan tidak produktif
Karen Kasturi tawar diri tanding Ketua Cabang Seputeh
“Saya percaya gabungan pengalaman saya dalam bidang profesional dan korporat serta pendedahan dalam pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melengkapkan saya untuk memimpin Cabang Seputeh dengan cemerlang,”
Prabakaran nafi beri token kepada pengundi PKR Cabang Batu
“Menerusi video tersebut, turut disebut saya akan memberi token ketika majlis berbuka puasa bersama pengundi. Perkara itu sama sekali tidak berlaku dan tiada dalam jadual rasmi pasukan saya,” ujarnya.
Kalah di cabang, Adam percaya ada ruang peringkat MPP PKR
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata walaupun peringkat MPP adalah satu arena yang berbeza daripada peringkat akar umbi, beliau menaruh harapan bersandar kepada ruang dan peluang untuk berada di peringkat pusat.
Tewas Ketua Cabang PKR Shah Alam, Rodziah dakwa ada perkara `pelik’...
Dalam masa sama, beliau mencadangkan supaya baki pemilihan untuk beberapa negeri pada hujung minggu ini ditangguhkan sehingga isu-isu pelik yang dibangkitkan dapat dikesan.
















