BENTONG – Kegembiraan 14 pekerja sebuah syarikat menikmati percutian di Hutan Lipur Chamang di sini  bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas lemas ketika mandi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.29 tengah hari itu, mangsa, Mohd Aiman Nazmi Mohd Yusuf, 29, dari Felda Endau, Johor, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, Khairul Azhar Samah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.29 tengah hari sebelum sepasukan lapan anggota bersama sebuah FRT, EMRS dan RRV digerakkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba pada jam 2.11 petang dan mendapati mangsa sudah dinaikkan oleh pegawai perhutanan kira-kira 20 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa datang ke Hutan Lipur Chamang bersama 13 rakannya yang merupakan pekerja Syarikat Coffee Bean Caltex Sungai Besi.

“Kesemua 13 rakan mangsa, terdiri daripada lapan lelaki dewasa dan lima perempuan dewasa, dilaporkan selamat.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi tamat pada jam 2.24 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here