Thursday, April 18, 2024
Home Tag Pilihan raya negeri melaka

Tag: pilihan raya negeri melaka

Calon BN, Rauf Yusoh Naik Motosikal Berkempen Keliling Kampung #PRNMelaka

Calon BN N.02 Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh (tengah) bersama jentera pemuda Barisan Nasional berkempen dengan menaiki motosikal mengelilingi kampung sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kampung Pulau, Melaka. Foto FAREEZ FADZIl, 19 NOVEMBER 2021.

Muhyiddin Bersama Rafiq Solat Jumaat Dengan Pengundi #PRNMelakla

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi calon Perikatan Nasional N.23 Telok Mas, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (tiga kiri) beramah mesra bersama jemaah selepas menunaikan solat Jumaat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Masjid Al Khairiah, Telok Mas, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 19 NOVEMBER 2021.

Calon-Calon BN Buat Pecutan Hari Terakhir Berkempen #PRNMelaka

Calon Barisan Nasional N.23 Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (kiri) mengaminkan doa bersama seorang penduduk setempat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di sekitar Kampung Padang Temu, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 19 NOVEMBER 2021.

Najib Turun Kawasan Disambut Kemeriahan Pengundi #PRNMelaka

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra bersama orang ramai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Restoran Asri Rosmerah, Ayer Keroh, Malaka. Foto MOHD ADZLAN, 18 NOVEMBER 2021.

Poster Gergasi Calon Pakatan Harapan #PRNMelaka

Jentera menaikkan poster gergasi milik calon Pakatan Harapan N.22 Bandar Hilir, Leng Chau Yen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Hilir, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 18 NOVEMBER 2021.

Anwar Ibrahim Berbeca di Bandar Hilir #PRNMelaka

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengayuh beca semasa hadir program santai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Bandar Hilir, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 18 NOVEMBER 2021.

Calon BN Berkempen Guna Penghantar Makanan #PRNMelaka

Poster calon Barisan Nasional N.27 Merlimau kelihatan pada kotak penghantar makanann sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Merlimau, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 18 NOVEMBER 2021.

Calon BN, Kalsom Nordin Santai Dekati Pengundi #PRNMelaka

Calon Barisan Nasional N.15 Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin (kanan) beramah mesra bersama penduduk setempat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Flat Peringgit, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 18 NOVEMBER 2021.

Ahli-Ahli Bersatu Umum Keluar Parti, Buang Bendera Perikatan Nasional #PRNMelaka

Bekas penyokong Bersatu Pengkalan Batu meletakkan bendera Perikatan Nasional ke dalam tong sampah ketika sidang media khas umum keluar parti di Jalan Bachang, Melaka. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 17 NOVEMBER 2021.

Bendera Perikatan Nasional Hiasi Pantai #PRNMelaka

Bendera parti Perikatan Nasional berkibar berlatarbelakangkan matahari terbenam sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pengkalan Balak, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 17 NOVEMBER 2021.