Thursday, April 18, 2024
Home Tag Pilihan raya negeri melaka

Tag: pilihan raya negeri melaka

Hamzah Zainudin Iring Calon PN Bermesra Dengan Pengundi #PRNMelaka

Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama calon Perikatan Nasional N.06 Rembia, Zamzuri Arifin (dua kiri) beramah mesra bersama peniaga semasa hadir makan tengahari pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Medan Selera Pasar Menggong, Alor Gajah, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 17 NOVEMBER 2021.

Lori Kempen Barisan Nasional Curi Tumpuan Pengundi #PRNMelaka

Penduduk kampung melihat sebuah lori Barisan Nasional yang diubah suai untuk bergerak menyampaikan maklumat diri kepada pengundi setempat merupakan salah satu mekanisme bertepatan dengan norma baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kampung Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 16 NOVEMBER 2021.

Kotak Undi Awal Dibawa Keluar #PRNMelaka

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa keluar peti undi untuk dihantar ke pusat-pusat mengundi selepas selesai hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri Melaka di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Ayer Keroh, Melaka. Foto AMIRUL SHAUFIQ 16 NOVEMBER 2021.

Azmin Ali Bersama Calon PN Turun Padang Lawat Bazar Ole-Ole #PRNMelaka

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Datuk Seri Azmin Ali bersama Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai (kiri) serta calon PN N.22 Bandar Hilir, Clarice Chan Ming Wang (kanan) dan calon PN N.19 Kesidang, Patrick Ng Chin Kae (tiga kiri) beramah mesra bersama peniaga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika melawat ke Bazar Ole-Ole, Bandar Hilir, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 16 NOVEMBER 2021.

Suasana dan Gelagat ATM, PDRM Hari Pengundian Awal #PRNMelaka

Anggota tentera, Shahrin Hasni menunjukkan jari yang berdakwat kekal selepas selesai membuang undi pada hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kem 96 Depot Pangkalan Peluru, Masjid Tanah, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 16 NOVEMBER 2021.

Azmin Ali Tunai Solat Bersama Penduduk Kampung Ayer Panas #PRNMelaka

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali beramah mesra bersama penduduk kampung selepas menunaikan solat maghrib pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Surau Kampung Ayer Panas, Bemban, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 15 NOVEMBER 2021.

Papan Iklan Calon Ketua Menteri BN, Sulaiman Md Ali Dinaikkan #PRNMelaka

Jentera memasang papan iklan calon Ketua Menteri Melaka dari Barisan Nasional, Datuk Seri Sulaiman Ali sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Lendu, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 15 NOVEMBER 2021.

Calon Bebas, Norazlanshah Tunggang Kuda Pusing Kampung Paya Tanjung #PRNMelaka

Calon Bebas N.26 Serkam, Datuk Norazlanshah Hazali melakukan aktiviti riadah berkuda semasa melawat kawasan kampung pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kampung Paya Tanjung, Merlimau, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 15 NOVEMBER 2021.

Calon PH, Adly Zahari Naik Skuter Edar Risalah Rumah Ke Rumah...

Calon Pakatan Harapan N.17 Bukit Katil, Adly Zahari disapa orang kampung sambil menaiki skuter ketika mengedarkan risalah pengenalan calon rumah ke rumah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kampung Paya Ikan, Bukit Baru, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 15 NOVEMBER 2021.

Persediaan Terakhir SPR Menjelang Undi Awal #PRNMelaka

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan kerja-kerja persiapan terakhir sempena hari pengundian awal pada esok hari sempena Pilihan Raya Negeri(PRN) Meleka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Balai Polis Masjid Tanah, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 16 NOVEMBER 2021.