Tuesday, September 29, 2026
Home Tag Pilihan raya negeri melaka

Tag: pilihan raya negeri melaka

Calon BN, P. Shanmugam Main Takraw Bersama Anak Muda #PRNMelaka

Calon Barisan Nasional N.07 Gadek, P. Shanmugam bermain sepak takraw bersama penduduk setempat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kampung Pulau Sebang, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 14 NOVEMBER 2021.

Calon PN, Dr Yadzil Yaakub Bantu Gotong-Royong Tanah Perkuburan #PRNMelaka

Calon Perikatan Nasional N.24 Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub bergotong royong bersama penduduk kampung di Tanah Perkuburan Kampung Ayer Baruk, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 14 NOVEMBER 2021.

Najib Razak Bersama Calon BN, P. Shanmugam Beramah Mesra Dengan Pengundi...

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak (dua kiri) bersama calon Barisan Nasional N.07 Gadek, P. Shanmugam (kanan) beramah mesra dengan penduduk setempat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Warung Vateran, Kuala Ina, Melaka. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 14 NOVEMBER 2021

Perdana Menteri Bersarapan Bersama Penduduk Kampung #PRNMelaka

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama penduduk setempat semasa hadir sarapan pagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Coconut Shake Alai, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 14 NOVEMBER 2021.

Jentera Pasang Bendera Pakatan Harapan #PRNMelaka

Jentera melakukan kerja-kerja pemasangan bendera parti Pakatan Harapan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Ayer Panas, Bemban, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 13 NOVEMBER 2021.

Perang Bendera BN, PN dan PH #PRNMelaka

Bendera Parti Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional yang dipasang di bahu jalan raya bagi menghangatkan lagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Ayer Keroh, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 13 NOVEMBER 2021.

Anwar Ibrahim dan Calon PH Minum Petang di Warung Felda Tun...

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (kiri), Presiden AMANAH, Mohamad Sabu (tiga kiri), calon Pakatan Harapan N.17 Bukit Katil, Adly Zahari (dua kiri) serta calon Pakatan Harapan N.25 Rim, Prasanth Kumar (kanan) hadir untuk minum petang dengan penduduk kampung di Warung warga Felda Tun Ghaffar, Kemendor, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 13 NOVEMBER 2021.

Calon Bebas, Norhizam Rai Pengantin Baru #PRNMelaka

Calon bebas N.15 Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee (kiri) berbual mesra bersama pasangan pengantin, Nur Tarmizi Jaafar (dua kiri) dan Nur Faizah Baharuddin ketika hadir majlis persandingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Bukit Piatu, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2021.

Muhyiddin Bersama Calon PN, Mohd Rafiq Bermesra Dengan Penduduk Kampung #PRNMelaka

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga kiri) bersama calon Perikatan Nasional N.23 Telok Mas, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (kanan) beramah mesra bersama penduduk kampung semasa hadir sarapan pagi di Restoran Terapung Tanjong Nibong, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 13 NOVEMBER 2021.

Muhyiddin Saksi 28 Calon PN Tandatangani Akujanji Anti Rasuah #PRNMelaka

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) menyaksikan calon-calon Perikatan Nasional menandatangani surat perjanjian pada Menandatangani Aku Janji Anti Rasuah Calon-Calon Perikatan Nasional di Bilik Gerakan Utama Tg. Minyak, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 12 NOVEMBER 2021.