Tag: PMX
Anwar Hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama TPM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bergambar bersama tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Presint 16, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 30 APRIL 2023.
Anwar di Bazar Ramadan PKNS Shah Alam
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama peniaga ketika hadir membuat lawatan ke Bazar Ramadan Kompleks PKNS Seksyen 14 Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 19 APRIL 2023.
Karya Agung Sayr Al-Salikin dan Hikayat Iskandar Zulkarnain
Pengunjung, Aimi Najihah (kanan) dan Nurelise Qistina menunjukkan buku Karya Agung Sayr Al-Salikin dan Hikayat Iskandar Zulkarnain selepas pelancarannya di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka. Foto MOHD ADZLAN, 17 APRIL 2023.
Anwar Ibrahim di Program Kita-Untuk-Kita (K2K)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat tapak jualan ketika hadir ke Majlis Pelancaran Program Rights To The City: Kita-Untuk-Kita (K2K) di Pangsapuri PPR Kampung Baru Hicom, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2023.
Konvoi Bakul Rahmah Ke Tambun
Konvoi Bakul Rahmah ke Tambun bergerak selepas dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 28 MAC 2023.
Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Bermesyuarat
Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama timbalannya yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduaan di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 19 MAC 2023.
Anwar Ibrahim di Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama timbalannya, Datuk Seri Fadillah Yusof selepas hadir pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Mac tahun 2023 ketika di Puspanitapuri, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 06 MAC 2023.
Anwar Luang Masa Dengan Mangsa Banjir di Johor
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 05 MAC 2023.
Anwar Ibrahim Bersama Warga Serdang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menikmati makan tengah hari sebelum menunaikan solat Jumaat di Medan Selera Taman Tasik Sri Serdang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2023.
PTPTN: Diskaun 20 peratus, penangguhan bayaran balik
Penangguhan bayaran balik diberikan kepada peminjam berpendapatan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan.

















