Saturday, December 3, 2022
Home Tag Sukma ke-20

Tag: Sukma ke-20

Wajah Atlet-Atlet Ketika Beraksi #Sukma20

Aksi Atlet Johor, Muhamad Farihin Nazren Azman (biru) ketika menentang Atlet Judo Terengganu, Afiq Danish Zapri (putih) dalam kategori lelaki akhir bawah 90 kilogram pada Sukan Malaysia 2022 (SUKMA) ke-20 di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2022.

Johor Juara Keseluruhan | Penutup Temasya Sukan Malaysia Ke-20

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Faizal Azumu menyerahkan piala kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi selepas muncul juara keseluruhan bagi Sukan Malaysia 2022 (SUKMA) ke-20 pada Majlis Penutup Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 24 SEPTEMBER 2022.

Sukma2022 | Skuad Pahang Dominasi Pingat Emas Acara Hoki

Pemain Pahang, Zati Alyani menghalang asakan pemain Selangor ketika perlawanan akhir Hoki Wanita pada Sukan Malaysia 2022 (SUKMA) ke-20 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 23 SEPTEMBER 2022.

Sukma2022 | Atlet Acara Angkat Berat Curi Tumpuan

Atlet Wilayah Persekutuan, Abdila Jalil ketika beraksi dalam acara Angkat Berat kategori 96 KG Lelaki pada Sukan Malaysia 2022 (SUKMA) di Kompleks Kejiranan, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 23 SEPTEMBER 2022.

Sukma2022 | Aksi Petinju-Petinju di Gelanggang Akhir

Peninju Terengganu, Amirul Hakim Sakila (biru) ketika beraksi mengalahkan peninju Johor, Muhammad Haizad Haiqal Johan (merah) dalam acara tinju 57-60 kilogram pada Sukan Malaysia 2022 (SUKMA) ke-20 di Kompleks Futsal Malaysia Presint 18, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 23 SEPTEMBER 2022.

Sukma2022 | Aksi Atlet Judo Bertarung Emas

Atlet Judo Terengganu, Afiq Danish Zapri (putih) ketika beraksi mengalahkan atlet Johor, Muhamad Farihin Nazren Azman (biru) dalam kategori lelaki akhir bawah 90 kilogram pada Sukan Malaysia 2022 (SUKMA) ke-20 di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2022.

Sukma2022 | Aksi-Aksi Acara Ragbi Lelaki dan Wanita Akhir

Aksi perlawan akhir ragbi lelaki di antara pasukan Negeri Sembilan (kuning) dengan pasukan Selangor (merah) yang dimenangi pasukan Negeri Sembilan dengan jaringan 14-0 pada Sukan Malaysia 2022 (SUKMA) ke-20 di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2022.

LENSA MG | Aksi Acara Lumba Basikal BMX Sukma 2022

Atlet Kedah, Darwish Putra Mohd Sanusi beraksi dalam ujian masa acara lumba basikal BMX lelaki pada Sukan Malaysia 2022 (SUKMA) ke-20 di Arena BMX Nasional, Nilai, Negeri Sembilan. Foto HAZROL ZAINAL, 18 SEPTEMBER 2022.

Jadikan Sukma ke-20 bukti kejaguhan atlet

Beliau bagaimanapun mengingatkan warga sukan Keluarga Malaysia agar tidak leka dan berpuas hati dengan setiap kejayaan kerana masih banyak halangan perlu diharungi untuk meneruskan kegemilangan yang sudah dilakar.