Tag: WTCKL
Perwakilan PAU2021 #DailyLife
Potret para perwakilan yang memakai pelbagai jenis tanjak ketika hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 19 MAC 2022.
Isu ‘dinosaur politik’, Akmal mohon maaf dari Zahid
"Sejujurnya, posting tu tidak ada kena mengena dengan Ayahanda Presiden tapi saya dapat maklum ayahanda terasa hati dengan posting tersebut walaupun ia bersifat umum, sebenarnya saya tak tuju pada sesiapa," katanya.
MGNews: Perasmian PAU Dimulai Dengan Menaikkan Bendera
MGNews: Perasmian PAU Dimulai Dengan Menaikkan Bendera
Perasmian Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO #PAU2021
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Naib Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengibarkan bendera UMNO pada Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 16 MAC 2022.
Perhimpunan Agung UMNO 2021 #DailyLife
Antara perwakilan sayap Puteri UMNO yang hadir pada Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 16 MAC 2022.
Persiapan PAU2021 #DailyLife
Pekerja kontraktor melakukan kerja-kerja persiapan akhir sempena Perhimpunan Agung Umno 2021 yang akan bermula esok di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MUHD NA'IM, 15 MAC 2022.
Gelagat Takut, Gembira Kanak-Kanak Terima Vaksin #PICKids
Gelagat kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin Covid-19 sempena Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak 'PICKids' ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di PWTC (World Trade Centre) Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 20 FEBRUARI 2022.
PPV Integrasi WTCKL Lengang #DosPenggalak
Suasana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dilihat kurang mendapat sambutan meskipun kerajaan telah membenarkan pemberian vaksinasi dos penggalak secara ‘walk-in”. Tinjauan lensa Malaysia Gazette mendapati, hanya beberapa individu sahaja yang kelihatan pada satu-satu masa bagi menerima suntikan dos tersebut dan keadaan di PPV Integrasi juga lengang tidak seperti sebelum ini di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 15 FEBRUARI 2022.
Terima Dos Ketiga, Kekal Status Lengkap Vaksinasi #Covid19
Gelagat seorang penerima berswafoto sambil menunjukkan kad vaksinasi Covid-19 selepas menerima dos penggalakan vaksin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Lembah Klang, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 15 JANUARI 2022.
Tiada ada keperluan untuk buka PPV Mega lagi – KJ
Esok saya akan bermesyuarat dengan KKM dan MOSTI untuk membincangkan supaya ada beberapa PPV dibuka untuk kumpulan yang tercicir atau warga asing.

















