KUALA LUMPUR – Khairy Jamaludin Abu Bakar hari ini meminta Rafizi Ramil bertanya sendiri kepada calon PKR, S. Streram mengapa dia tidak membuat kad pengenalan diri (pas calon) seperti yang disyaratkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“I don’t think MB or I have to answer for your own candidate mistake,” kata Khairy di laman Twitternya.

Khairy membalas Twitter Rafizi yang antara lain menyebut :

“Jika bekas MB N9 menang percuma kerana halang calon PH hantar borang, org yg turut kena jawab ialah kerana DUN Rantau dalam Parlimen Rembau. Masih tunggu laporan dari Rembau.”

S. Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa bersama pas calon seperti yang disyaratkan SPR untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon.

Keadaan itu menyebabkan Mohamad Hasan diisytiharkan menang tanpa bertanding. – MalaysiaGazette

Calon PKR tidak mohon kad calon, Mohamad menang tanpa bertanding