Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – Penjualan tiket bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Chinese Taipei di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini dilihat kurang mendapat sambutan peminat bola sepak.

Ini kerana sehingga pukul 12 tengah hari tadi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)  memaklumkan hanya 9,856 tiket sudah terjual.

Jumlah itu rendah jika dibandingkan dengan kapasiti stadium yang mampu memuatkan lebih 80,000 penonton.

Skuad kendalian Kim Pan Gon perlu kemenangan besar ke atas Chinese Taipei dan mengharapkan Kyrgyzstan tewas di tangan Oman di Muscat untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan meraih tiket awal ke Piala Asia 2027.

Pada sidang media semalam, Pan Gon merayu ‘bantuan’ daripada penyokong untuk membanjiri Stadium Nasional bagi menaikkan moral pemain yang berdepan situasi getir untuk melepasi kelayakan Kumpulan D. – MalaysiaGazette