Tuesday, July 23, 2024
Home Sukan Brighton lantik Hurzeler jadi pengurus baharu

Brighton lantik Hurzeler jadi pengurus baharu

Fabian Hurzeler. Foto Sky Sports.
LONDON – Brighton & Hove Albion mengumumkan Fabian Hurzeler sebagai pengurus baharu, kata kenyataan kelab itu.
Hurzeler, 31, menandatangani perjanjian tiga tahun dan tiba di Amex setelah membawa St Pauli menjulang kejuaraan Bundesliga 2 musim lalu dengan memenangi 20 daripada 34 perlawanan.
Pengerusi kelab, Tony Bloom berkata, bermula proses untuk melantik pengurus baru, Fabian sentiasa menjadi calon yang menonjol dan seseorang yang telah menarik perhatian pihaknya dengan tugas luar biasa di St Pauli sejak 18 bulan lalu.
“Dia mempunyai gaya permainan yang sejajar dengan cara kami mahu terapkan ke atas corak permainan pasukan Brighton & Hove Albion dan saya yakin ia merupakan salah satu aspek yang penyokong kami akan hargai dan nikmati.
“Fabian juga mempunyai barisan kejurulatihan yang cemerlang dan pernah bekerja dengan di pelbagai peringkat kumpulan umur Jerman.
“Kami benar-benar teruja untuk mula bekerja dengan Fabian untuk membuat persediaan bagi musim akan datang,” katanya dalam kenyataan itu.
Musim lalu, Brighton yang menamatkan kedudukan dalam Liga Perdana Inggeris di tempat ke-11 dikendalikan oleh Roberto De Zerbi. – Agensi