Mohd Mokhtar Shariff (kiri) bersama Pengarah Kastam Diraja Malaysia Selangor, Datuk Sarip Ismail (dua kanan) bagaimana syabu disembunyikan dalam beg galas oleh dua suspek warga Nigeria di Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 17 APRIL 2017.

KUALA LUMPUR – Jika lima atau enam tahun dahulu Iran adalah negara popular dadah jenis Syabu yang diseludup masuk ke Malaysia.

Namun kini penyeludupan barangan terlarang itu ke negara ini adalah dari negara kuasa besar Asia, China.

Terbaharu, dua lelaki warganegara Nigeria berusia 31 dan 33 tahun dicekup dalam operasi di Pusat Pernigaan Kepong pada 13 April lalu sekitar pukul 4.15 petang hasil maklumat Suruhanjaya Pengawalan Narkotik Kebangsaan China (NNCC).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kedua-dua suspek yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah itu kini direman sehingga 19 April ini untuk siasatan lanjut.

Katanya, hasil serbuan di kawasan Taman Pusat Kepong, polis berjaya merampas sejumlah dadah disyaki syabu yang diseludup masuk dari China dengan menggunakan kargo laut

“Pemeriksaan polis menjumpai sebanyak 42 buh beg galas bersama kedua-dua suspek itu di lokasi serbuan sebelum 10 buah beg galas mengandungi dadah jenis syabu seberat 5.080 kilogram anggaran nilai RM400,000 dirampas.

“Polis sedang menyiasat tempoh kedua-dua suspek berada di negara ini dan terlibat dalam kegiatan ini yang dipercayai untuk pasaran tempatan dan ke luar negara.

“Salah seorang suspek positif Methaphetamine menerusi saringan awal urin dan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 19 April ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang media kejayaan rampasan itu di Bukit Aman di sini.

Tambah beliau, polis juga akan menyiasat sama ada Malaysia kini dijadikan transit untuk mengedaran syabu ekoran trend penyeludupan masuk syabu dari China secara lebih kerap ketika ini berbanding Iran sebelum ini.

Ujarnya, syabu yang dirampas itu boleh diedarkan untuk kegunaan 2.5 juta orang dengan 0.2 gram seorang.

Katanya, setiap beg galas mempunyai ruang khas untuk memasukkan syabu dalam bentuk ketulan dan mereka mengkaburi mata pihak berkuasa dengan membuat pengisytiharan palsu.

“Dulu dadah (syabu) adalah sekitar RM250,000 sebelum turun kepada RM150,000 sekilo di mana lokasinya dari Iran ke sini, kini edar dari China menjadi tren baharu dan murah lagi sekitar RM50,000 sahaja sekali gus meningkatkan permintaan dan pengambilan pada kadar banyak.

 

Sejak awal Januari hingga 13 April lalu, Mohd Mokhtar berkata, JSJN telah menyelesaikan 49,492 kes dadah dengan 55,903 orang ditahan, melibatkan rampasan pelbagai dadah bernilai RM81 juta.

Daripada jumlah itu, seramai 7,519 orang ditahan atas kesalahan menyeludup dadah manakalan 16,965 orang lagi ditangkap atas kesalahan memilikinya, kata beliau. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan