Arul Kanda ketika hadir memberi keterangan di prosiding PAC di Parlimen Disember 2015.

KUALA LUMPUR – “Sebagai pengurus profesional, saya berkhidmat sebagaimana yang dikehendaki oleh pemegang saham.

“Saya sentiasa dipandukan oleh mereka (pemegang saham), dan sewajarnya akan menerima apa-apa keputusan yang dibuat oleh mereka,” kata Arul Kanda kepada MalaysiaGazette ketika ditanya spekulasi penyingkiran beliau dalam lembaga pengarah Bandar Malaysia Sdn. Bhd. dan TRX City Sdn. Bhd.

Arul adalah Pengerusi Bandar Malaysia dan lembaga pengarah TRX City.

Bagaimanapun, Arul yang juga Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata, beliau tidak menerima sebarang notis rasmi berkaitan penyingkiran tersebut, justeru tidak dapat mengulas lanjut mengenainya.

Katanya, seperti yang diketahui umum pelantikan sebagai  lembaga pengarah TRX City dan Bandar Malaysia Sdn Bhd  kerana 1MDB merupakan pemegang saham kedua-dua firma itu.

Menurut beliau, apabila firma-firma tersebut dipindahkan oleh 1MDB kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan berkuatkuasa 31 Mac 2017, sememangnya boleh dijangkakan pihak Kementerian Kewangan Diperbadankan akan melantik pengarah baharu mengikut bicara mereka.

Khabar angin penyingkiran Arul tercetus selepas kerajaan membatalkan pegangan 60 peratus kepentingan IWH CREC sebanyak 60 peratus dalam projek Bandar Malaysia pada Rabu lalu kerana syarikat konsortium itu gagal melunaskan bayaran sebanyak RM7.4 bilion walaupun sudah diberi penangguhan sebanyak 12 kali.

Kementerian Kewangan adalah pemilik sepenuhnya 1MDB selepas aset Bandar Malaysia dan TRX dipindahkan kepada TRX City Sdn. Bhd. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan