Calon Pakatan Harapan N.06 Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao menghantar borang pencalonan bersama calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut (kiri_ di Pusat Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 Kuala Kubu Bharu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 27 APRIL 2024.

KUALA KUBU BHARU – Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor yang dijadikan pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu mula dibanjiri para penyokong masing-masing.

Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yang pertama tiba jam 8.46 pagi diiringi pencadangnya, Rihajuddin Anwar Khan dan penyokongnya, Muhamad Asri Abdullah.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau, Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), SP Punithan mengiringi Khairul Azhari.

Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pula tiba beberapa minit kemudian diiringi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Steven Sim dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Setakat ini tidak kelihat mana-mana individu yang akan bertanding bagi kerusi bebas.

Proses penamaan calon akan bermula jam 9 pagi ini dengan pengumuman akan dibuat pengurus pilihan raya Kuala Kubu Bharu, Yuhanas Auree Kamaruddin yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga PRK kali ini.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast