Mohd Nageeb Abdul Wahab .

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), Datuk Mohd Nageeb Abdul Wahab dilantik sebagai Pengerusi Felcra Berhad.

Pelantikan beliau berkuatkuasa 1 Oktober ini, menurut Pejabat Perdana Menteri.

Mohd Naqeeb menggantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Berpengalaman selama 39 tahun dalam pertanian, getah dan minyak sawit, Mohd Naqeeb memulakan tugas sebagai eksekutif pelatih di KL Kepong Berhad pada tahun 1979.

Beliau yang juga wakil Malaysia dalam Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) pernah menjawat jawatan Naib Presiden Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan