Mohamad Fuzi Harun
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia lapan suspek lelaki kerana disyaki terlibat dalam tindakan yang memudaratkan keselamatan awam menerusi operasi yang dilakukan pada 29 September lalu di Perlis, Kuala Lumpur dan Johor.

Daripada lapan suspek itu, tujuh orang adalah warga asing dan seorang warga tempatan.

Ketua Polis Negra, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua suspek mempunyai hubungan dengan sebuah pusat pengajian Islam di perlis, samada sebagai pelajar, bekas tenaga pengajar atau bekas pelajar.

“Tangkapan ini dibuat susulan daripada inteligen yang diperolehi pihak polis berhubung usaha sebuah kumpulan pengganas yang memegang ideologi Salafi
Jahadi di Yemen untuk menubuhkan pusat pengajian Islam di Asia Tenggara Bagi menyebarkan fahaman Salafi Jahadi

“Siasatan awal pihak polis dan juga hasil perkongsian inteligen dengan agensi-agensi periskan asing mendedahkan tenaga pengajar asing serta pelajar-pelajar asing pusat pengajian Islam tersebut mempunyain hubungan dengan sebuah madrasah di Dammaj, Yemen yang diasaskan oleh Syeikh MuqbilBin Hadi Al Wadi’i seorang tokoh salafi Jahadi yang ekstrem,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohamad Fuzi, madrasah di Yemen itu berpegang kuat dengan ideolofi Salafi Jahadi yang menghalalkan pembunuhan orang bukan Islam dan orang islam yang tidak sealiran dengan mereka yang dianggap kafir serta melabelkan sistem demokrasi sebagai Toghut (tidak mengikut hukum Allah).

Tambah beliau, hasil soal siasat awal ke atas suspek-suspek yang ditangkap mendedahkan bahawa mereka menolak sistem demokrasi dan ditanam dengan fahaman ekstrem seeperti lelaki dan wanita diharamkan memakai seluar, mendakwa pengajian sekular di institusi pengajian tinggi awam dan swasta adalah haram, tidak dibenarkan bekerja kerana terdapat percampuran lelaki dan wanita dan melabelkan umat Islam lain yang mengamalkan perkara-perkara tersebut sebagai bida’ah serta terkeluar daripada Islam.

Katanya, buku-buku yang dirampas daripada suspek-suspek kebanyakannya ditulis oleh tokoh tokoh Salafi Jahadi.

“Tangkapan di Perlis melibatkan lima warga Eropah dan seorang warga benua Amerika. Keenam-enam berusia suspek berusia antara 24 hingga 38 tahun dan merupakan pelajar di sebuah pusat pengajian Islam di Perlis,” jelasnya.

Menurut Mohamad Fuzi, salah seorang suspek yang ditangkap adalah adik
ipar kepada seorang warga negara jiran yang mempunyai hubungan dengan Madrasah Syeikh Muqbil di Yemen dan juga telah menjalankan latihan senjata
api.

Katanya, maklumat yang diperolehi daripada agensi perisikan asing mendedahkan keenam-enam suspek samada mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Daesh atau lain lain kumpulan ekstremis yang bergerak di
negara asal mereka.

“Tangkapan kedua di Kuala L umpur melibatkan seorang suspek warga Timur Tengah berusia 33 tahun yang merupakan bekas tenaga pengajar di pusat pengajian Islam yang sama di perlis

“Suspek aktif menganjurkan kelas kelas agama yang tidak mendapat tauliah daripada pihak berkuasa agama negeri bagi tujuan menyebarkan ideologi Salafi Jahadi dalam kalangan rakyat Malaysia di Lembah Klang

Jelas beliau, tangkapan di Muar, Johor melibatkan seorang warga Malaysia berusia 32 tahun yang bekerja sebagai peniaga

Menurutnya, suspek adalah bekas pelajar di pusat pengajian Islam di Perlis pada 2014 dan suspek menolak sistem demokrasi yang dianggap Toghut
dan menyokong pelaksanaan sistem khalifah di Malaysia

Tambah Mohamad Fuzi, tangkapan yang dijalankan oleh Bahagian Counter Terrorism itu bagi membendung penyebaran ideologi Salafi Jahadi yang menjadi pemangkin kepada tindakan ganas kumpulan-kumpulan seperti Islamic State, Al-Qaeda, Jemaah Islamiah, Kumpulan Abu Sayyaf dan Boko Haram .

Katanya, kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747). – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan