Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bercakap pada sidang media mengenai kemalangan maut Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora di Pejabat Kementerian Pengangkutan, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 08 OKTOBER 2018

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji untuk meminda peruntukan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada yang lebih ‘tegas’ pada masa hadapan.

“Saya secara peribadi merasakan undang-undang sedia ada sebenarnya tidak cukup tegas untuk mengajar pemandu cuai sebaliknya kemalangan di negara ini terutamanya yang melibatkan nwaya seolah-olah tidak ada penghujung.

“Sebagai contoh, seandainya mana-mana pemandu yang memandu secara melulu dan cuai sehingga menyebabkan kematian seharusnya lesen memandu itu digantung seumur hidup dan bukan untuk hanya untuk beberapa tahun sahaja.

“Sesuatu perlu dilakukan, jangan hanya sekadar tunjuk statistik kemalangan tetapi tindakan tegas sehingga menyebabkan pemandu atau pengendali rasa bimbang serta lebih bertanggungjawab perlu di ambil perhatian.

“Ketika ini, kajian sedang dijalankan kerana pindaan rang undang-undnag ini bukan senang. Kita perlu lihat ini dengan lebih komprehensif sebelum bawa ianya ke Parlimen. Perlu bercakap dengan pelbagai pihak. Sesuatu perlu di lakukan dan akan di lakukan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di kementeriannya hari ini yang antara lain yang memberi fokus kepada tragedi kemalangan berhampiran terowong Menora yang menyebabkan lima mangsa maut dalam keadaan rentung.

Di bawah Pengangkutan Jalan 1987, seandainya menyebabkan kematian kerana menadu dengan melulu atau merbahaya akan berdepan dengan hukuman tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun serta denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Seseorang yang telah disabitkan di bawah seksyen ini juga boleh hilag kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dari tarikh sabitan dan hal sabitan kedua atau ketiga akan hilang kelayakan selama 10 tahun dari tarikh sabitan.– Malaysia Gazette

Tinggalkan Jawapan