Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong sambil diirngi Dekan Fakulti Undang-Undang UM, Prof. Dr. Johan Shamsuddin (empat kiri) serta yang lain bergambar bersama mahasiswa-mahasiswa yang hadir pada program Law Reform Talk with Datuk Liew Vui Keong di Auditorium Tun Suffian, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited dengan pemansuhan hukuman mati mandatori malah proses kajian sudah berada di peringkat akhir sebelum dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Perkara itu yang didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata, ketika ini satu memorandum sedang disiapkan sebelum dibentang kepada Kabinet seterusnya dibawa ke Parlimen selepas itu.

Menurut Vui Keong, kajian tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Peguam Negara susulan hasrat kerajaan mahu memansuhkan hukuman mati mandatori mengikut stan­dard antara­bangsa berkaitan hak asasi manusia.

“Kajian hukuman mati mandatori ini sudah dalam peringkat akhir dan saya yakin sekiranya sempat kita akan bentang rang undang-undang ini pada hujung tahun ini untuk dimansuhkan atau tidak.

“Ini adalah perkembangan penting bagi negara. Saya sebenarnya berharap ianya akan mendapat kelulusan supaya rang undang-undang pemansuhan dapat segera dibentangkan pada sidang kali ini di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi ‘Law reform Talk’ di Auditorium Tun Suffian, Universti Malaya hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan hukuman mati dalam 100 hari pentadbirannya.

“Sepatutnya mereka sudah hapuskan hukuman ini. PH perlu melakukan pembaharuan itu untuk menyokong hak asasi manusia di negara ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan