Gambar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam tab mandi yang mendapat krotikan netizen.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik balik gambarnya tanpa baju dalam tab mandi di media sosial selepas mendapat kritikan dan kecaman ramai.

Gambar itu tiada lagi dalam akaun Twitter dan Instagram beliau.

Syed Saddiq mendedahkan gambar beliau berendam dalam tab mandi yang mengandungi ais selepas menyertai perlawanan bola Sabtu lalu.

Dalam kapsyennya, Syed Saddiq berkata: ‘Lepas score golden goal, terus kena rendam dalam ais. Good game. @dugongallstars. #HariSukanNegara.’ – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan