Isteri kepada Presiden UMNO, Datin Seri Hamidah Khamis ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi sokongan kepada suaminya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas menerima notis serah diri berhubung dakwaan penyalahgunaan wang dana Yayasan Akal Budi di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 18 OKTOBER 2018.

PUTRAJAYA – Datin Seri Hamidah Khamis, isteri kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak perlu menangisi nasib yang menimpa suaminya yang ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Sebaliknya, katanya, beliau perlu berasa gembira sambil menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu perjuangan.

“Tak kan saya hendak menangis? Saya kena gembira. This is perjuangan.

“Saya kena okaylah. Bukannya yang baharu. Dulu 10 hari (ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri) masa beliau jadi Ketua Pemuda UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian pada kepada media ketika ditemui di luar Ibu Pejabat SPRM di sini selepas Ahmad Zahid masuk menyerah diri pukul 3 petang.

Hamidah turut memberitahu, Ahmad Zahid turut menolak cadangan peguamnya untuk dibenarkan diikat jamin agar tidak bermalam di lokap SPRM malam ini.

Beliau juga mengesahkan suaminya itu ditahan dan didakwa di mahkamah esok pagi.

“Peguam nak ikat jamin tapi beliau (suami) tidak mahu. Dia nak berada di dalam untuk ditahan.

“Doakan yang terbaik untuk beliau,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan