Donald Trump
Donald Trump

NEVADA – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pentadbirannya sedang mengkaji pengurangan cukai kepada golongan berpendapatan sederhana dan dijangka dapat dilaksanakan sekitar November ini, sebelum pemilihan Kongres.

Trump mencadangkan pengurangan cukai tersebut pada minggu yang sama kerajaan AS menghabiskan tahun kewangan 2018 dengan defisit sebanyak AS$799 bilion, kata Jabatan Perbendaharaan pada Isnin.

Kadar defisit tersebut adalah angka tertinggi dalam tempoh enam tahun.

“Kami sedang melihat kemungkinan untuk melaksanakan pengurangan cukai besar-besaran kepada rakyat berpendapatan sederhana,” kata Trump kepada pemberita selepas berlepas meneruskan ralinya di Elko, Nevada.

Rakyat Amerika akan mengundi pada 6 November ini yang mana ahli-ahli Republican akan cuba mempertahankan majoriti masing-masing dalam Dewan Senat dan Dewan Rakyat.

Menurut Biro Statistik AS, purata pendapatan isi rumah negara tersebut adalah kira-kira AS$55,000 pada 2016.

Disember lalu, Trump menandatangani satu undang-undang reformasi cukai terbesar sejak 1980 dengan mengurangkan cukai korporat dari 35 peratus kepada 21 peratus. – Agensi