MAKKAH Pasukan perubatan di King Abdullah Medical City di sini berjaya menyelamatkan nyawa seorang jemaah haji Pakistan selepas dia mengalami serangan jantung.
Jemaah haji yang berusia 50 tahun itu mengadu sakit dada ketika menunaikan ibadah umrah.
Pasukan perubatan bertindak dan menyelamatkan nyawanya dalam masa tidak lebih 40 minit, lapor Saudi Gazette.
Jemaah haji pada mulanya dikejarkan ke Hospital Kecemasan Al-Haram dan dia telah menjalani pemeriksaan lanjut.
Pesakit itu kemudiannya dipindahkan ke King Abdullah Medical City, dan melakukan pemeriksaan lanjut arteri jantung, sebelum stent dipasang.
Jemaah haji yang dirawat di unit rawatan rapi selepas proses pembedahan itu telah dibenarkan keluar dari hospital dalam keadaan sihat. – Agensi