Jumlah keseluruhan pendapatan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dari Januari 2011 sehingga Jun 2018 adalah sebanyak RM2,944,095.61, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Jumlah keseluruhan pendapatan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dari Januari 2011 sehingga Jun 2018 adalah sebanyak RM2,944,095.61, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

KUALA LUMPUR – Jumlah keseluruhan pendapatan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dari Januari 2011 sehingga Jun 2018 adalah sebanyak RM2,944,095.61, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata jumlah gaji itu diterima ketika Mohd Irwan memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dari hujung 31 Dis 2010 dan jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan mulai 24 Ogos 2012 sehingga 13 Jun 2018.

“Beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 24 Ogos 2012 dan bersara wajib pada 6 Mac 2017. Beliau seterusnya telah dilantik ke dalam perkhidmatan kontrak mulai 7 Mac 2017 sehingga 6 Mac 2019.

“Bagaimanapun, perkhidmatan beliau telah disingkatkan kepada 13 Jun 2018. Jumlah keseluruhan pendapatan beliau dari Januari 2011 sehingga Jun 2018 adalah sebanyak RM2.94 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Kepong) bertarikh 23 Okt 2018.

Sehingga Jun 2018, Mohd Irwan telah memegang jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif/Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif/Pengarah dalam 23 buah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD),” katanya.

Antara syarikat MKD yang dianggotai Mohd Irwan adalah 1Malaysia Development Bhd sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif, Bandar Malaysia Sdn Bhd (Pengerusi Bukan Eksekutif), Khazanah Nasional Bhd (Pengarah), MyHSR Corp Sdn Bhd (Pengerusi Bukan Eksekutif) dan Wakala Global Sukuk Bhd (Pengerusi Bukan Eksekutif).

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan