KUALA LUMPUR – Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan ada menyertai rundingan bagi memulihkan Forest City dan mahu membina kasino.
BCorp berkata, artikel Bloomberg tidak tepat dengan mendakwa tokoh korporat itu ada mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
“Kami ingin menjelaskan Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun tidak mengambil bahagian dalam sebarang perbincangan sedemikian dan menyangkal dakwaan tidak tepat dalam artikel itu,” katanya dalam satu kenyataan.
BCorp mengulas laporan Bloomberg kononnya Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk menubuhkan kasino di Forest City – projek bernilai AS$100 bilion (RM480 bilion) di Johor yang sedang berdepan kemungkinan menjadi gajah putih.
Laporan itu mendakwa Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk menubuhkan kasino di Forest City – projek bernilai AS$100 bilion (RM480 bilion) di Johor yang sedang berdepan kemungkinan menjadi gajah putih.
Portal perniagaan itu memetik sumber yang menyebut Perdana Menteri berjumpa dengan pengasas Berjaya Corp, Vincent Tan dan Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dalam satu mesyuarat makan tengah hari minggu lalu untuk membincangkan perkara berkenaan.
Semalam Perdana Menteri menafikan perkara itu dan hari ini menyatakan pihak yang dikaitkan dalam dakwaan Bloomberg itu wajar mengambil tindakan. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: