Sinead O’Connor
Sinead O’Connor

LONDON – Penyanyi warga Ireland, Sinead O’Connor mengumumkan beliau telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Shuhada’ Davitt.

Penyanyi yang berusia 51 tahun itu menyiarkan gambarnya yang berhijab pada akaun Twitter baru-baru ini dan mentiarkan rakaman video yang menunjukkan beliau melaungkan azan, lapor AP.

Pada 19 Oktober lalu beliau berkata: “Ini bagi mengumumkan bahawa saya berbangga menjadi seorang Islam. Ia adalah kesimpulan yang biasa untuk sebarang pengembaraan ahli teologi yang bijak. Semua kajian kitab suci menuju ke Islam. Yang menyebabkan semua kitab suci lain bertindih,”.

Ketika tampil dalam rancangan Saturday Night Live pada 1992 penyanyi itu mengoyakkan gambar Paus John Paul II sebagai tanda bantahan terhadap Gereja Katolik. – Agensi

Tinggalkan Jawapan