KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan duti eksais mulai 1 April 2019 pada kadar 40 sen seliter ke atas dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan yang sedia diminum.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, cukai itu dikenakan ke atas air minuman yang mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain yang mengandungi gula melebihi 5 gram setiap 100 mililiter.

Manakala jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi gula melebihi 12 gram per 100 mililiter. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan