Seorang penganut Hindu membuat pilihan perhiasan lilin sempena menyambut Deepavali pada hari esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Little India Brickfields, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 05 NOVEMBER 2018
Seorang penganut Hindu membuat pilihan perhiasan lilin sempena menyambut Deepavali pada hari esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Little India Brickfields, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 05 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan Selamat menyambut perayaan Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu di negara ini.

Menerusi perutusan yang dimuat naik di Twitter dan Facebook milik beliau, Perdana Menteri berkata, perayaan tersebut turut disambut semua rakyat Malaysia dengan tidak mempunyai perbezaan meskipun ia merupakan hari kebesaran masyarakat Hindu.

Malah, katanya, kegembiraan dapat dicerminkan melalui ketenangan dan rasa selesa hidup dalam suasana berbilang kaum di Malaysia.

“Sepertimana apabila perayaan yang diraikan oleh rakyat Malaysia yang lain, ianya dikongsi bersama dalam erti kata kita turut berkongsi kegembiraan yang dirasakan oleh rakan kita yang lain agama ataupun bangsa.

“Perasaan sebegini memberi makna kepada ungkapan hormat-menghormati dan perpaduan di dalam perbezaan atau ‘unity in diversity’.

“Atas semangat ini, saya mengucapkan Selamat Hari Deepavali dan berharap sambutan kali ini memberi harapan kepada hari depan yang lebih bermakna,” katanya di laman sosial berkenaan.

Dr Mahathir turut berkata, Deepavali merupakan ‘pesta cahaya’ dan turut diperertikan sebagai perayaan di mana kebaikan mengalahkan kejahatan dan diharap memberi makna yang besar kepada penganut agama Hindu di negara ini.​ – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan