China Press melaporkan, mangsa yang berumur 52 tahun berdepan masalah bateri lori ketika menghantar barang kepada pelanggan.
China Press melaporkan, mangsa yang berumur 52 tahun berdepan masalah bateri lori ketika menghantar barang kepada pelanggan.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki keturunan Cina dibogelkan dan diperagakan selepas dikesan menyelinap masuk ke dalam sebuah pusat hiburan malam untuk menjual dadah.

China Press melaporkan, dalam kejadian di sebuah pusat KTV di Johor Bahru itu, lelaki itu dipaksa untuk berjalan dan duduk di dewan utama pusat hiburan malam itu tanpa seutas benang.

Lelaki yang didakwa mengedar dadah di pusat KTV kelihatan cuba menutup bahagian muka dan kemaluannya dengan tangan.

Pekerja KTV mengesahkan kejadian itu dan memberitahu bahawa sudah menjadi ‘peraturan perniagaan’ supaya semua penjual dadah akan dibogelkan dan diperagakan.

“Kedai ini tidak membenarkan pengambilan dan penjualan dadah. Semua penjual dadah yang menyelinap masuk akan dibogelkan,” katanya.

Tambah pekerja itu, lelaki yang dibogelkan kemudian telah dihalau dari pusat hiburan malam tersebut walaupun terdapat sumber yang memberitahu bahawa dia ditahan polis. – MalaysiaGazett

Tinggalkan Jawapan