Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengelak daripada menjawab mengenai statusnya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pada sidang medianya selepas merasmikan Majlis Konvokesyen UIAM ke-34 yang bermula hari ini, Maszlee menggesa media agar tidak menjadikan perkara tersebut sebagai bahan berita.

Sebaliknya, beliau mahu agar laporan yang ditulis menjurus kepada peristiwa bersejarah mengenai konvokesyen yang sedang berlaku di universiti itu.