TERKINI : Malaysia Gazette Diiktiraf Rakan Strategik Sambutan Hari Kebangsaan

MalaysiaGazette yang berorientasikan politik dan isu semasa ini dipilih kerana menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 yang julung kali dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ia adalah antara program Pengukuhan Jaringan Strategik Merdeka 2018 yang dianjurkan oleh KKMM. Program kali ke enam ini turut mengangkat agensi-agensi lain antaranya agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga sukarelawan sebagai rakan strategik.

Hadiah disampaikan KKMM, Gobind Singh Deo dengan ditemani Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor.

Kesemua agensi ini diangkat kerana terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 yang dihadiri seramai 2 juta orang. Perkara itu dinyatakan menterinya, Gobind Singh Deo.