Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Gambar hiasan

KUALA BERANG – Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki di Kampung Tebakang, Marang, awal Disember lepas.

Tertuduh, Ismail Mohd Don, 38, yang juga pemilik kebun pisang dituduh menyebabkan kematian Salahuddin Ismail, 42, di sebuah rumah di Kampung Tebakang pada pukul 3.15 hingga 4.45 petang 3 Disember lalu.

Ismail yang memakai pakaian lokap berwarna oren dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda kemudian menetapkan 21 Jan hadapan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Marang. Pendakwaaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi. – MalaysiaGazette