TERKINI : Keluarga #MuhammadAdib Diberi Pampasan – KSU

Keluarga aggota bomba yang maut semalam akibat cedera parah dipukul semasa rusuhan di kuil Sri Maha Mriamman akan diberikan pampasan sebanyak RM200,000.

Pampasan daripada kerajaan itu adalah untuk membantu keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim yang berusia 24 tahun itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Sri Mohammad Mentek berkata, selain itu allahyarham Muhammad Adib juga akan dinaikkan pangkat daripada B16 ke B22.