Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai perjanjian dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi tempoh sebenar peralihan kuasa antara kedua-dua mereka.

Anwar berkata, Mahathir secara terang-terangan mendapat mandat Pakatan Harapan (PH) untuk memimpin negara sebagaimana yang telah dipersetujui gabungan tersebut.

“Tun M mesti diberi ruang untuk memimpin kerajaan untuk tempoh yang kami bersetuju.

“Beliau mempunyai sokongan penuh PH,” katanya di Twitter rasmi beliau hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Ahli Parlimen Port Dickson itu setelah mengadakan pertemuan denganĀ  Mahathir selama sejam di Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ketua Sekretariat PH semalam memberitahu, PH tidak pernah membincangkan tempoh Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri dalam mesyuarat presidennya.

Sebaliknya, menurut beliau, gabungan itu cuma membuat keputusan Anwar akan diangkat ke jawatan tersebut selepas Mahathir. -MalaysiaGazette